1) Tidur Selepas Makan – Sesungguhnya jika kita terus tidur selepas makan akan menyebabkan tidak sempurna proses sistem pencernaan kita.

 

2) Tidur Sepanjang Hari – Sesungguhnya jika kita amalkan sering tidur sepanjang hari.ia boleh mengakibatkan kita senang di serang penyakit terutamanya penyakit diabetes.
3) Tidur Selepas Solat Subuh Dan Awal Pagi – Rasulullah tidak tidur selepas solat subuh,kerana Allah memberkati umatnya yang keluar pergi mencari rezeki..kerana waktu itu adalah waktu untuk kita mencari rezeki dan berusaha.Sabda Nabi : “Maksudnya berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan (riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
4) Tidur Pada Waktu Asar – Setengah alim ulamak mengatakan :”Sesiapa yang tidur selepas asar sehingga terganggu keawarasannya,maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiri”
5) Tidur Sebelum Solat Isyak -Sesungguhnya adalah lebih baik kita menunaikan dulu solat Isyak pada waktunya,.sebab kadang setengah kita suka melewatkan hingga kadang lupa dah solat ke belum hingga tertidur dan dah tak menunaikan solat Isyak..tidak apa kita melewatkan solat Isyak jika kita yakin dapat bangun untuk menunaikannya.
Bagikan Berita